Isnin, 26 Julai 2010

QIYAS


Pengertian qiyas:

Dari segi bahasa:

1.        Ukuran
2.        Persamaan
3.        Persamaan dan ukuran di antara  sesuatu tempat dengan tempat lain.
4.        pengajaran
5.        tamsil
6.        menyerupai.

Dari segi istilah:

·         Menzahirkan persamaan sesuatu perkara yang tidak ada nas tentang hukumnya dengan sesuatu perkara yang ada nas tentang hukumnya kerana kedua-duanya mempunyai persamaan pada illah atau pada sebab hukum.

·         Persamaan sebab dalam sesuatu perkara furu’ yang telah berlaku dengan perkara yang baru berlaku dengan persamaan illah hukum tersebut.

·         Perbandingan antara suatu hukum dalam perkara yang baru lahir dengan perkara yang sudah ada hukum sebelumnya di dalam al-quran dan sunnah.

·         Menyamakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam al-quran atau hadith atau ijmak dengan masalah yang telah dijelaskan di dalam salah satu daripada dalil tersebut berdasarkan antara keduanya ada persamaan illah hukum.



(b) rukun-rukun  dan syarat al-qiyas.

Rukun al-qiyas:
          Asal, iaitu sumber hukum asal yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan hadis atau ijmak. Asal juga ialah tempat keluar hukum dengan dalil yang qat’i: contohnya arak sabit hukumnya berdasarkan al-Quran.

          Hukum asal, iaitu hukum asal yang ditetapkan atau dijelaskan dalam al-Quran, hadis dan ijmak. Hukum asal juga ialah hukum syarak yang terbit melalui dalil yang hendak diqiyas, contohnya hukum haram arak.

          Cabang atau furu’ iaitu masalah di mana hukumnya tidak dinyatakan dalam al-quran, hadis dan ijmak contohnya todi, dadah, dan wisky.

          Illah iaitu sifat yang berupa sebab yang menyebabkan lahir hukum asal yang sama dengan hukum furu’ atau baru contohnya sifat mabuk pada arak dan dadah atau todi dan wisky.



Syarat al-qiyas:
1. Hukum asal
Hukum asal itu dapat dipindahkan kepada furu’ mestilah pula dengan memenuhi syarat berikut :
          Hukum asal itu merupakan hukum syarak berbentuk amaliah yang telah sabit atau ditetapkan oleh nas.
          Hukum asal hendaklah hukum yang mana illahnya dapat difahami oleh akal.
          Hukum asal itu bukan sesuatu hukum yang berlaku khusus yang telah sabit melalui nas. Antara contoh hukum yang dikatakan berlaku khusus ialah terdapat dalil yang menunjukkan sesuatu hukum itu hanya berlaku untuk asal sahaja seperti kahwin lebih empat isteri dalam satu masa adalah khusus untuk Nabi sahaja.
          Hukum asal mempunyai illah yang mungkin terlaksana atau mungkin ada pada furu’
          Hukum asal tidak dimansuhkan atau tidak dibatalkan.

2. Furu’ atau cabang
Untuk membolehkan sesuatu fufu’ dipindahkan hukum asal kepadanya dengan mempunyai syarat tertentu ;
          Pada furu’ terdapat illah yang ada pada asal.
          Pada furu’ tidak terdapat nas atau ijmak yang menunujukkan sesuatu hukum yang berlawanan dengan al-Qiyas.contoh : Orang musafir harus meninggalkan puasa.
و من كا ن مر يضا أو على سفر فعد ه من أ يام آ خر
Terjemahan : dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir, maka (bolehlah ia berbuka kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu…
          Hukum furu’ tidak boleh mendahului  hukum asal dari segi sabitnya. Contohnya tidak sah Qiyas wuduk terhadap tayammum dari segi wajib niat dengan illah kedua-duanya merupakan bersuci atau ibadat.
          Hukum yang dipindahkan kepada furu’ hendaklah sama dengan hukum asal atau pun sama furu’ dengan usul.

3. Illah atau sebab
Illah hendaklah dengan memenuhi syarat berikut ;
          Illah hendaklah merupakan suatu keadaan atau sifat zahir iaitu dapat difahami oleh pancaindera kerana ia merupakan tanda hukum
          Illah hendaklah merupakan suatu sifat atau keadaan yang pasti dan tetap dalam semua keadaan dan orang
          Illah itu hendaklah suatu sifat dan keadaan yang sesuai dan munasabah dengan  hukum
          Illah itu bukan merupakan suatu sifat atau keadaan yang hanya wujud pada asal sahaja, bahkan ia harus terdapat pada selain asal.


(c) bahagian al-qiyas dari segi pada hukum furu’ dan asal.

1.Al-Qiyas al-khafiy
Al-qiyas yang tidak di yakini tentang perbezaan diantara illa pada hukum furu’ dan asal serta tidak pasti sama ada ia memberi kesan pada hukum atau sebaliknya.dikenali dengan istihsan.Contohnya wanita berhaidh diharuskan membaca Al-Quran bertdasarkan al-qiyas al-khafiy atau istihsan dan diharamkan berdasarkan al-qiyas al-jaliyWanita berhaidh diharuskan membaca Al-Quran berdasarkan al-qiyas al-khafiy kerana ia berbeza dengan orang yang berjunub di segi waktunya.Waktu berjunub tidak lama,sedangkan haidh lama,sekiranya sepanjang masa haidh mereka tidakdapat membaca Al-Quran,bererti mereka tidak mendapat pahala dalam ibadat membaca Al-Quran ketika berhaidh,sedangkan lelaki dapat membacanya serpanjang masa.

2.Al Qiyas al-jaliy
Al-Qiyas al-jaliy ialah al-qiyas yang jelas dan diyakini perbezaan di antara illah pada hukum cabang atau furu’ dan asal serta pasti ia memberikan kesan pada hukum atau sebaliknya.Contohnya:wanita berhaidh haram membaca Al-Quran berdasarkan al-qiyas al-jaliy.Iaitu,diqiyaskan kepada orang yang berjunub di segi illah sama-sama ttidak suci. Dimana orang yang berjunub dan berhaidh sama-sama diharamkan membaca Al-Qur’an.


(d) pembahagian al-qiyas dari sudut furu’

1.Qiyas al-Awla
Illah pada hukum furu’adalah lebih kuat daripada illah hukum asal.antara lain,Qiyas al-Awla bermaksud furu’ di dalam al-Qiyas lebih utama atau kuat dari segi hukum daripada asal contohnya mengqiyaskan haram memukul ibu bapa diqiyaskan dengan haram mengatakan “ah” kepada keduanya dengan illah menyakiti.

2.Qiyas al-Musawi
Al-Qiyas  yang sama hukumnya di antara asal dengan furu’ berdasarkan illah yang sama.antara lain juga Qiyas al-Musawi ialah,furu’didalam al-Qiyas adalah sama dengan asal dari segi hukum.contohnya:mengqiyaskan haram bakar atau memusnahkan harta anak yatim kepada haram memakannya.

3.Qiyas al-Dilalah
al-Qiyas yang menghimpun di antara hukum asal dengan furu’  berdasarkan sifat yang tetap bagi illah.contohnya perahan anggur adalah haram hukumnya,diqiyaskan dengan arak.Dimana illah kedua-duanya ialah terdapat bau yang kuat yang di kira sebati dengan bahan yang memabukkan.

4.Qiyas al-syibh
al-Qiyas yang hukum furu’nya boleh diqiyaskan kepada dua yang asal yang mana ia dihubungkan dengan asal yang lebih banyak persamaan dengannya.Contohnya:pembunuhan tidak sengaja terhadap hamba yang dimiliki  oleh orang lain.

5.Qiyas al-Adwan
dikenali dengan Qiyas  al-Adna.Iaitu al-Qiyas yang berdasarkan illah yang nilai illah lebih rendah daripada illah yang terdapat pada hukum asal.contohnya:haram menjual buah epal dengan epal dibandingkan gandum dengan gandum,dimana illah buah epal lebih rendah daripada gandum yang menjadi makanan asasi

(e)Huraikan pendapat ulamak  tentang kehujahan al- qiyas.

Kehujahan al-Qiyas
          Jumhur ulamak sepakat mengatakan al-Qiyas boleh dijadikan hujah dan sebagai sumber hukum syarak. Manakala golongan Nizamiah, Zahiriah dan segolongan puak Syiah berpendapat al-Qiyas tidak boleh dijadikan hujah. Hujah mereka seperti berikut:
          Hujah golongan menolak
          Hujah jumhur ulamak

Hujah golongan menolak
            Antara alasan dan hujah golongan yang menolak al-Qiyas :
          Al-Quran menegah dan melarang kita daripada mengikuti zann.
          Golongan yang menolak al-Qiyas mengatakan al-Qiyas adalah perkara zann. Hal tersebut disebabkan ia berasaskan kepada zann, di mana illah atau sebab kerananya disyariatkan hukum di dalam nas yang dijelaskan. Justeru itu al-Qiyas ditegah supaya diikuti  dan ia tidak dapat mensabitkan hukum.
          Al-Qiyas dan penggunaannya boleh membuka ruang ke arah perselisihan dan pertelingkahan di antara umat kerana berasaskan kepada zanni.


Hujah jumhur ulamak
          Hujah jumhur yang berpendapat al-Qiyas boleh dijadikan hujah ialah berdasarkan dalil al-Quran, Hadis, Ijmak dan akal iaitu :

1. Dalil al-Quran
فاءن تنزعتم في شيءفردوه إلى الله والر سول
            Terjemahan : maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari pristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik matahatinya

2. Dalil hadis
·         Hadis berkaitan dengan perutusan Mu’az ke Yaman.

·         Telah terbukti melalui hadis sahih bahawa Nabi sendiri menggunakan ijtihad Baginda dan al-Qiyas untuk mengeluarkan hukum yang tidak ada mahyu tentangnya. Justeru itu berijtihad dan menggunakan al-Qiyas salah satu daripada sunnah nabi

3. Dalil ijmak
Di mana para sahabat sepakat berhujah dengan al-Qiyas dan mereka beramal dengannya. Antara lain juga perkara tersebut berlaku dalam banyak masalah dan tidak ada seorang pun daripada kalangan sahabat yang mengingkarinya. Antara contohnya ialah :
          Para sahabat sepakat melantik Abu Bakar sebagai khalifah berdasarkan al-Qiyas terhadap perlantikan beliau sebagai imam sembahyang sewaktu hayat nabi. Di mana setengah sahabat mengatakan : Rasulullah s.a.w meredhai Abu Bakar dalam perkara agama, mengapakah kita tidak boleh meredhainya sebagai ketua kita dalam perkara dunia.
          Para sahabat pernah menghukum bunuh beberapa orang yang sama-sama terlibat menyebabkan terbunuhnya seseorang. Hal tersebut diqiyaskan hukuman potong tangan terhadap beberapa orang pencuri yang sama-sama terlibat dalam mencuri sesuatu barangan.

4. Dalil akal
          Islam agama sempurna hingga hari kiamat. Hukumnya juga melibatkan masalah yang telah berlaku dan akan berlaku. Namun penurunan wahyu telah tamat, tetapi masalah tidak berkesudahan dan terus lahir. Justeru itulah perlunya al-Qiyas untuk mengeluarkan hukum baru dengan berdasarkan persamaan illah atau sebab lahirnya hukum yang dijelaskan di dalam nas.

Hujah jumhur ulamak terhadap golongan yang menolak al-qiyas:

o   Jumhur ulamak mematahkan hujah golongan yang menolak hujah al-qiyas dengan membawa dalil al-quran yang mana nas al-quran menegah kita mengikuti perkara zann.
o   Antara lain, Jumhur Ulamak menolak hujah golongan yang menolak hujah al-qiyas dengan membawa alasan penggunaan al-qiyas boleh membuka ruang perselisihan dan persengketaan.
o   Kesimpulannya Pendapat jumhur ulamak adalah lebih tepat kerana al-qiyas hanya menjadi hujah dalam hukum-hukum agama yang bersifat amaliah. Ia merupakan sumber hukum yang keempat dalam sistem perundangan Islam kerana ia berdasarkan nas walaupun tidak secara langsung. Walaupun jumhur ulamak menerima kehujahan al-qiyas namun sesiapa yang menolaknya tidak dikira kufur.

Persoalan semasa berkaitan Qiyas.
          Antara persoalan semasa berkaitan dengan al-Qiyas yang akan dibincangkan di sini ialah dadah, ganja, pil khayal, menghidu gam, todi, tuak, dan benda-benda lain yang memabukkan baik dengan cara suntikan, hisap atau sedut, telan, hidu dan minum.
          Pengharamannya atas dasar atau illah dan sebabnya ialah memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal. Untuk itu ditinjau dalam konteks semasa kini terdapat berbagai jenama benda yang memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal atau mengkhayalkan sebagaimana yang dijelaskan di atas.
          Hukuman yang dikenakan ialah takzir bukan hudud (hudud khusus untuk peminum arak).


Ijmak

(a) Pengertian ijmak dan rukunnya.

Pengetian bahasa : Niat dan bersetuju dalam sesuatu perkara untuk melaksanakanya

Pengetian istilah : Sepakat ulamak mujtahid daripada umat Islam samada dalam bentuk i’tiqad,kata-kata atau perbuatan untuk mengeluarkan hukum yang berlaku selepas kewafatan nabi. atau persepakatan ulamak mujtahid daripada umat nabi Muhammad selepas kewafatan baginda dalam perkara yang berhubung dengan hukum syarak

Rukun ijmak

1. Semua Ulamak mujtahid sepakat mengenai hukum syarak terhadap masalah yang berkaitan

2. Wujudnya sejumlah ulama mujtahid pada masa belakunya sesuatu masalah atau perkara.

3. Sepakat semua ulamk mujtahid mengenai hukum terbabit

4. Sepakat Ulamak-ulamak mujtahid mengeluarkan pendapat masing-masing secara tegas,samada berupa perkataaan atau perbuatan, baik secara bersendirian atau berkumpulan

(b) Jelaskan pandangan ulamak tentang kehujahan ijmak sukuti sebagai sumber hukum

Pengetian ijmak: Sepakat ulamak mujtahid daripada umat Islam samada dalam bentuk i’tiqad,kata-kata atau perbuatan untuk mengeluarkan hukum yang berlaku selepas kewafatan nabi.
Dalilnya:
يأيها الذين ءامنوا أطيوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم (سورة النسآء اية 59

Ijmak soreh: Para mujtahid sependapat mengenai sesuatu hukum dalam sesuatu masalah dengan menyatakan pendapat mereka dengan terang dan jelas atau melaui tulisan atau melaksanakan hukum yang dibincangkan.

Ijmak sukuti atau ijmak i’tibari : ialah sebahagian ulamak mujtahid mengeluarkan pendapat melalui fatwa ,sedangkan sebahagian ulamak mujtahid lain mendiamkan diri,tidak menyatakan pendapat atau tidak sependapat.ia juga dikira ijmak i’tibari kerana dengan mengambil kira atau beranggapan ulamak yang mendiamkan diri tersebut telah bersetuju.

Kehujahan ijmak sukuti
Ulamak berselisih pendapat tentang kehujahannya:

Ulamak Yang Menerima

1. Pendapat al-Kurkhi daripada mazhab Hanafi dan Imam Amidi daripada mazhab Syaf’i menerimanya sebagai hujjah zanni.
Hujjah atau alasan mereka ialah,berdiam diri sebahagian daripada ahli mujtahid bukan semestinya kerana muafakat dengan pendapat yang telah dikeluarkan,bahkan diam diri itu mungkin kerana setuju dengan pendapat yang dikeluarkan atau gerun dengan kehebatan ulamak yang telah mengeluarkan pendapatnya.Oleh itu,ijmak sukuti adalah hujah zanni.

2. PendapatUlamak Hanafi, Imam Ahmad dan sebahagian ulamak Syafi’i menerimanya sebagai hujjah qat'ei.
Alasan mereka ialah,dalil yang menunjukkan kehujahan ijmak tidak membezakan di antara ijmak soreh dan sukuti.Jika ditentukan dalil tersebut kepada ijmak yang soreh sahaja mungkin tidak berlaku ijmak,sedangkan ijmak telah berlaku



Ulamak yang Menolak:

Imam Malik dan Imam Syafi’i
Alasan mereka ialah tidak boleh dikatakan orang yang diam itu bersetuju,kerana mungkin mereka takut kepada kemudaratan diri atau harta atau berdiam diri untuk melakukan ijtihad.


Syarat Ijmak Sukuti
 
1. Mestilah melalui suatu masa yang cukup untuk berfikir atau membuatkajian dan rumusan tentang masalah yang diputuskan itu

2. Tidak ada sebab untuk menakut-nakutkan mujtahid lain dalam mengeluarkan pendapat

3. Semata-mata diam,bukannya menolak

(c) Dengan mengemukakan alasan anda perihalkan tentang kemungkinan berlakunya ijmak pada masa kini.

Jumhur ulamak – Boleh berlaku dan telah berlaku ijmak contohnya batal nikah perempuan Islam dengan orang kafir. Alasan : Ada kemudahan komunikasi moden.
Pendapat lain – Tidak mungkin dan mustahil berlaku ijmak. Alasan : Kerana ulamak susah dikenali dan mereka tinggal berjauhan.


(d) Huraikan jenis-jenis ijmak dan hukum mengingkari ijmak.

 1. Ijmak ahli Madinah ialah muafakat ulamak Madinah di dalam mengeluarkan pendapat terhadap sesuatu masalah.

2. Ijmak ahli al-Bait ialah mufakat daripada kalangan keluarga Nabi Muhammad s.a.w seperti Ali,Fatimah,Hassan dan Husain di dalam sesuatu masalah.

3. Ijmak sahabat ialah maufakat sahabat dan pendapat mereka terhadap sesuatu masalah.

4. Ijmak Khulafa’ ar Rasyidin : Ialah persepakatan sahabat rasul yang empat iaitu Abu Bakar,Umar,Ali dan Uthman.

5. Ijmak ulamak ialah persepakatan pendapat di kalangan ulamak dalam masalah tertentu pada masa tertentu.


(e) hukum mengingkari ijmak.

1. Sebahagian ulamak berpendapat mengingkari ijmak adalah kufur kerana ia termasuk dalam hujah yang disepakati (qat'i)
 
2. Sebahagian ulamak lain seperti Imam al-Haramain mengatakan mengingkari hukum ijmak tidak kufur kerana dalil kehujahan ijmak adalah zanni dan meningkari kehujahan dalil tidak kufur.

Usul Fiqh


                                                                                         

1. (a) Pengertian ilmu usul fiqh dan faedah-faedah mempelajarinya

Segi bahasa: Usul-berasal daripada perkataan aslu  (أصل)bermaksud:

i. Asas- Apa yang dibina sesuatu diatasnya – dalil dan keterangan.
ii. al-Dalil. Contohnya, dalil ijmak.
iii. al-Rajih. Iaitu yang lebih kuat dan tepat – dalil al-Quran lebih kuat daripada al-Qiyas.
iv. Kaedah. Contohnya, mengharuskan makan bangkai bagi orang terdesak.

Fiqh: Mengetahui tentang sesuatu/ memahami tentang sesuatu.

Pengertian istilah: Suatu ilmu yang membicarakan kaedah-kaedah yang dijadikan perantaraan untuk mengeluarkan hukum-hukum syarak yang praktikal dari dalil-dalil tafsili.

i. Ilmu: Bermaksud umum yang difahami sama ada secara tasawwur atau tasdik.

ii. Kaedah-kaedah (القواعد): Kata jamak dari kaedah yang bermaksud kaedah umum (Qadhiah Kulliah) yang dapat memahamkan hukum-hukum Fiqhiah (juz'iyah) yang terangkum di dalamnya:
contoh, kaedah 'Kullu Amr lil wujub', kaedah 'Kullu Nahyi Lil Tahrim'.

iii. Syarak: Bermaksud bagi mengeluarkan hukum-hukum yang selainnya seperti hukum akal.

iv. Praktikal: Bermaksud hukum amali fikah bukan hukum akidah.

Faedah mempelajari Ilmu Usul Fiqh:

·        Mengetahui cara dan bagaimana ulama dan mujtahid mengeluarkan dan menggunakan ilmu usul fikah dalam menetapkan hukum bagi sesuatu masalah.

·        Mengetahui cara-cara  bagaimana ulama menetapkan sesuatu hukum serta mengetahui kaedah-kaedah mengeluarkan hukum dan menetapkan hukum bagi sesuatu hukum berdasarkan dalil syarak.

·        Mengeluarkan hukum baru yang sentiasa berubah-ubah ikut perkembangan zaman dan keperluan masyarakat.

·        Mengetahui asas-asas bagi hukum syarak dan hikmatnya.

·        Mengetahui cara mengeluarkan hukum daripada dalil sehingga dapat menentukan perbuatan mukallaf.

·        Mengetahui hukum syarak yang telah dikeluarkan oleh para mujtahid melalui kaedah usul dan dipadukan pendapat ulama yang berselisih di antara mereka untuk mencari yang kukuh oleh pendapat yang bergantung dalil yang kuat untuk beramal dengan hukumnya.

·        Ulama yang bertugas mengeluarkan hukum atau fatwa menjadi mudah mengeluarkan hukum kerana mempunyai landasan dan panduan.



(b) kaedah penyusunan ilmu usul fiqh yang berlaku selepas Imam syafi'i.

1.   Ulama Kalam
·         berdasarkan nas-nas atau menetapkan kaedah yang disokong oleh dalil.

·         mereka meninggalkan kaedah yang bertentangan dengan dalil tanpa mengira keselarasan kaedah yang mereka ambil dengan masalah fiqh yang diambil daripada imam mereka.

·          Ulamak kalam dan pengikut al-Syafi’i tidak menyatakan dalam kitab usul fiqh mereka tentang masalah fiqh yang termasuk dalam kaedah kecuali hanya untuk memberi penjelasan. Contoh tentang kehujahan ijmak sukuti. Al-Amidi yang bermazhab Syafi’i  dalam bukunya al-Ihkam Fi Usul al-Ahkam mengatakan ijmak sukuti boleh dijadikan hujah sedangkan imam syafi’i sebaliknya.

·         Mengemaskini kaedah yang dikukuhkan dengan dalil mantiq atau logik akal.

·         kitab :
-Al-Burhan : karangan imam Al-Haramain Abdul Malik bin Abdullah Al-Juwaini ( As-Syafi’i )
-Al-Mustaffa: karangan imam Al-Ghazali ( As-Syafi’i)
-Al –Mahsul : karangan Fahrudin Muhammad bin Umar al-Razi  

2.   Ulama Hanafi
·        Beri perhatian yang mendalam kepada masalah-masalah fikah yang telah sedia ada dalam mazhab Hanafi.

·        Sesuatu kaedah usul fikah disesuaikan dengan hukum-hukum fikah yang terlibat.

·        Andainya ada sesetengah masalah fikah tidak  termasuk dalam kaedah ini maka kaedah itu diubahsuaikan hingga selaras dengan masalah fikah yang dianggap terlibat.

·        Kumpulan ini memahami bahawa kaedah ini juga berpandukan furu’ yang diambil daripada imam mereka.

·        Kaedah-kaedah tersebut mencakupi semua furu’.
·        Kitab:
- Al-Usul : karangan Abu Bakar Ahmad bin Ali al-Jassas
      - Al-Usul : karangan Abu Zahid Abdullah bin Umar al-Dabusi
- Al-Usul : karangan Fakhrul Al-Islami Ali bin Muhammad Al-Bazdawi

3.   Ulama Mutakhir
·        Mengabungkan cara penyusunan yang dilakukan oleh ulama Kalam dan pengikut Al-Syafi’i serta Hanafi iaitu dengan menetapkan kaedah usul dan membawa dalil serta dicantumkan kaedah-kaedah usul terhadap masalah fikah atau dikaitkan dengan masalah tersebut.

·        kitab:
- Jam’al Jawami’ : karangan Tajudin Abdul Al-Wahab bin Ali Al-Subki Al-Syafi’i
- Musallam al-thubut : karangan Muhibb al-Din Abd Al-Syakur








2. (a)    Sejarah dan perkembangan ilmu usul fiqh.     

i.     Wahyu merupakan asas atau sumber perundangan Islam semasa hayat Rasulullah s.a.w sama ada wahyu al-Quran atau al-Sunnah. Para sahabat semasa hayat Rasulullah s.a.w tidak perlu berijtihad mengeluarkan hukum Islam dari al-Quran kerana mudah mendapatkannya dari baginda.

ii.    Sahabat yang berada di tempat yang jauh terpaksa berijtihad sendiri bagi mengatasi perkara-perkara yang berlaku semasa itu dan ianya tidak terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Contohnya Muaz bin Jabal yang bertugas di Yaman, setelah ditemuduga oleh Rasulullah mengatakan ia akan menghukum mengikut al-Quran dan al-Sunnah dan jika tidak dapat menyelesaikanya beliau akan menggunakan ijtihadnya sendiri.

iii.   Di zaman para imam mujtahidin telah muncul dengan banyaknya aliran pengajian Fikah. Perselisihan tentang masalah Fikah berlaku dengan hebat.

iv.   Empayar kerajaan Islam sudah meluas dan berkembang ke pelusuk dunia sehingga sampai ke negara-negara yang tidak menggunakan bahasa Arab dan penduduknya telah memeluk Islam. Timbul masalah untuk memahami gaya bahasa  Arab dan timbul kesalahan memahami uslub al-Quran dan al-Sunnah serta kesamaran memahami makna-makna keduanya. Keadaan ini mendesak untuk di susun kaedah-kaedah bahasa Arab untuk memudahkan memahami syariat Islam – Kaedah usul Fiqh.

v.   Jarak masa yang lama antara tabi' tabi'in dengan masa Rasulullah s.a.w. menyebabkan mujtahid pada masa ini tidak semudahnya mengetahui tujuan-tujuan syariat, 'illah-'illah  dan hikmah-hikmah lalu ditafsir mengikut kehendak  sendiri oleh orang yang bukan ahlinya. Timbul kumpulan yang ingkar dengan dalil al-Sunnah, kumpulan lain enggan berdalil dengan hadis Ahad dan adfa yang berhujah dengan istihsan. Semua ini memerlukan kaedah-kaedah yang mana setiap yang ingin terlibat dalam ijtihad terikat dengan perkara di atas dan berlandas kepadanya. 


(b)   bidang perbahasan ilmu usul fiqh.  

i.     Menganalisa cara-cara mengeluarkan hukum syarak.

ii.    Membicara dan membahaskan tentang kaedah-kaedah hukum syarak yang umum.

iii. Mengistinbat atau mengeluarkan hukum daripada dalil-dalil dan nas-nas serta beramal dengannya.
   


3. (a) as-sunnah dari sudut pengertian dan jenis-jenisnya


Pengertian: Bahasa: Kelakuan, perjalanan dan adat

Istilah: Perkara yang terbit daripada Rasulullah s.a.w sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuan.
Jenis: Sunnah qauliyyah, fe'liyyah dan taqririyyah dan hamiyyah.

i. As-Sunnah Qauliyyah : Perkataan Nabi s.a.w yang diperkatakan pada masa tertentu atau mengambil sesuatu sempena dan munasabah/ bentuk suruhan, penerangan atau tegahan.Contoh suruhan baginda tentang niat: إنما الأعمال بالنيات

ii. As-Sunnah Fe'liyyah : Perbuatan Nabi s.a w yang menjelaskan hokum syarak, menjadi panduan manusia dalam urusan agama/ segala perbuatan, tingkah laku dan gerak laku baginda yang menegakkan hukum. Contoh suruhan ibadat sembahyang :صلوا كما رأيتمونى أصلى

iii. As-Sunnah Taqririyyah: Nabi s.a.w diam apabila baginda melihat atau mengetahui suatu kejadian, baginda tidak menyuruh atau tidak menegah perkara tersebut. Contoh Khalid Al-Walid makan daging Dhab panggang di hadapan baginda, baginda tidak makan dan tidak menegah Khalid. Ini menunjukkan Dhab boleh dimakan.

iv.  As-sunnah Hamiyyah: cita-cita Nabi untuk mengerjakan sesuatu tetapi belum sempat baginda menunaikannya baginda wafat. Contohnya seseorang memberitahu Nabi mengenai puasa 10 muharam yang diagungkan Yahudi. Nabi bersabda : jika baginda hidup tahun hadapan baginda akan berpuasa pada 9 dan 10 muharam.

(b)  bahagian-bahagian perbuatan nabi dan peranan as-sunnah terhadap al-Quran.
   
Bahagian perbuatan Nabi s.a.w:
i. Perbuatan semula jadi manusia seperti makan, minum, duduk, tidur, berjalan. Hukumnya harus diikuti umatnya.
ii. Perbuatan khusus bagi baginda sahaja seperti kahwin lebih daripada empat dalam satu masa. Hukum sunnah ini haram diikuti umatnya.
iii. Perbuatan baginda yang menjelaskan lebih lanjut hukum-hukum yang terkandung dalam al-Quran. Contoh sembahyang lima waktu. 

Peranan as-Sunnah terhadap al-Quran:
i. al-Sunnah merupakanpenyokong/penguat hukum di dalam al-Quran. Contoh: Tentang hukum haram  membunuh, menderhaka kepada ibu bapa, wajib sembahyang.

ii. al-Sunnah sebagai penjelas al-Quran yang umum dan mujmal. Contoh: Tentang ibadat haji.-
خذوا عنى مناسككم

iii. as-sunnah mengkhususkan hukum umum daripada al-Quran. Contoh,firman Allah:
يوصيكم الله فى أولدكم
Ayat di atas mengandungi lafaz umum yang meliputi semua anak tanpa mengira pembunuh atau tidak. Hadis mengkhususkan : القاتل لا يرث

iv. al-Sunnah memuqayyadkan hukum al-Quran yang mutlak. Contoh
والسارق والسارقة فاقطعوا أيديهما
Lafaz pencuri di atas bersifat mutlak, as-Sunnah memuqayyadkannya:
إقطعوا فى ربع دينار ولا تقطعوا فيما هو أدنى من ذلك

v. al-Sunnah pembawa hukum baru yang tidak dinyatakan di dalam al-Quran. Contohnya haram menghimpunkan seseorang dengan emak saudaranya sebagai isteri dalam satu masa.



(c) hadis mutawatir dari sudut pengertian, martabat dan bahagian.

Pengertian hadis mutawatir : Hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah oleh sekumpulan ramai yang mengikut kebiasaannya mustahil mereka bersepakat memalsukannya sama ada dalam peringkat sahabat, tabiin atau tabiu’ttabiin. Meriwayatkan dengan jalan hissi (nyata) seperti sekumpulan sahabat meriwayatkan pula hadis itu kepada sekumpulan mutawatir daripada tabiut’ tabiin, begitulah seterusnya hingga sampai kepada pengumpul hadis Imam Bukhari, Muslim dan sebagainya.
Martabat hadis mutawatir ialah berdasarkan pendapat jumhur ulamak bahawa hadis mutawatir memahamkan hukum pasti, wajib diamalkan dan orang yang mengingkari dihukumkan murtad.

Hadis mutawatir terbahagi kepada dua bahagian :

Hadis mutawatir lafzi iaitu hadis yang serupa makna dan perkataan. Diriwayatkan oleh sekumpulan mutawatir seperti hadis:

Hadis mutawatir maknawi iaitu hadis yang serupa makna tetapi berlainan perkataan. Diriwayatkan oleh sekumpulan mutawatir seperti hadis yang menerangkan cara membaca doa dengan mengangkat kedua belah tangan.

(d)Nyatakan ciri-ciri hadis Ahad dan syarat-syarat beramal dengannya.

Ciri-ciri hadis Ahad:
1.   Mempunyai jalan-jalan riwayat yang berbahagi hingga sampai kepada Rasulullah.

2.   Sanadnya tidak sampai tahap mutawatir.

3..  Sanadnya diriwayatkan melalui pelbagai peringkat rawi, ada rawi yang thiqah, rawi yang kurang thiqah dan ada yang rawinya diterima dengan syarat-syarat tertentu serta ada rawinya yang ditolak riwayatnya.

4..  Jumlah rawinya tidak mencapai jumlah rawi hadis mutawatir.

5.   Jalan-jalan riwayatnya adalah terbatas. Hadis Ahad melalui proses periwayatan yang terhad dengan bilangan sanadnya yang sedikit.

6.   Jika  disesetengah tabaqah sampai ke bilangan mutawatir dan sesetengahnya tidak.

Syarat beramal dengan hadis Ahad:
1.   Di kalangan para sahabat:
Para sahabat tidak menerima hadis ahad kecuali setelah mereka yakin dan percaya bahawa ia adalah  benar-benar lahir dari Rasulullah dan mereka mempunyai cara-cara yang berlainan untuk memastikan hadis ahad itu benar-benar dari Rasulullah.

2.   Dikalangan Imam-Imam Mazhab Fiqah:
Mereka sepakat mengatakan bahawa hadis ahad adalah hujah wajib beramal dengannya. Tetapi Saindina Abu Bakar As- Siddiq dan Umar tidak menerima kecuali apabila menyaksikan dua orang yang kedua-duanya mendengar dari Rasulullah S.A.W.

3.   Di kalangan ulamak Hanafi:
Terbahagi kepada dua iaitu:
Pendapat pertama:
Disyaratkan bagi penerimaan hadis ahad bahawa adalah sanadnya itu sah dan di riwayatkan oleh perawi-perawi yang adil dan bersambung-sambung sehingga sampai kepada Rasulullah S.A.W.
Pendapat kedua:
Mensyaratkan bagi penerimaan hadis ahad adalah sanad-sanadnya itu sahih dan beberapa syarat lain.