Ahad, 10 Januari 2010

contoh jawapan syariah 2 stpm



1 Firman Allah s.w.t
(المؤمنون 1 – 11)

(a) Huraikan lima arahan yang terdapat dalam ayat di atas. [10]
1. Arahan supaya khusyuk dalam sembahyang.
2. Arahan supaya menjauhi perkara yang melalaikan/sia-sia
3. Arahan supaya menunaikan zakat– contoh: mengeluarkan semua zakat harta atau fitrah.
4. Arahan supaya menjauhi dari perbuatan zina – contoh: menjaga kehormatan.
5. Arahan supaya menunaikan janji
6. Arahan supaya amanah .
7. Arahan supaya memelihara sembahyang - contoh: segera solat dan tidak lambat menunaikannya.

(b) Jelaskan lima kepentingan zakat dari segi pembentukan peribadi berdasarkan kepada penghayatan ayat 4 di atas. [10]

1. Menghapuskan sifat kedekut, sayangkan harta dan mementingkan diri.
2. Memupuk kasih sayang, tolong menolong serta mahabbah antara pemberi dan penerima zakat.
3. Mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah/keberkatan harta.
4. Meninggikan atau meningkatkan ekonomi, taraf hidup umat Islam.
5. Mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup orang miskin dengan orang kaya.
6. Ujian daripada Allah untuk menilai hambanya yang bertakwa.
7. Membersihkan harta/menyuburkan harta.



2 Firman Allah s.w.t
لقمان16-19
(a) Berdasarkan ayat di atas dan nas-nas lain , huraikan lima wasiat berguna yang dikhabarkan oleh Allah supaya diikuti oleh manusia. [12]

1.Segala kezaliman atau kebaikan yang dilakukan oleh manusia walaupun seberat zarrah sama ada tersembunyi dilangit atau bumi akan Allah dedahkan pada hari kiamat nanti untuk balasan.
2. Dirikan solat.
3. Menyuruh manusia melakukan makruf dan mencegah mungkar.
4. Hendaklah bersabar atas segala bala bencana.
5. Jangan memaling muka (memandang rendah) kepada manusia. Hadis daripada Anas bin Malik لا تباغضوا ولا تحاسدوا ولا تدابروا
6. Jangan berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong .
7. Sederhanakan langkah (tidak terlalu gopoh atau terlalu perlahan) ketika berjalan
8. Rendahkan suara apabila berbicara dengan manusia – tidak memekik atau menjerit-jerit.

(b) Jelaskan kesan sosial yang berlaku berdasarkan kepada penghayatan ayat 17 di atas. [8]

1. Mendirikan sembahyang :
- Bukti seseorang beriman dan yakinkan Allah./Membezakan antara beriman atau kufur.
- Wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah.
- Membantu untuk membendung daripada maksiat serta membersihkan jiwa dan hati.

2. Menyuruh melakukan perkara kebajikan dan makruf: Mendidik diri sendiri dan orang lain dengan mentaati Allah, melakukan amalan kebajikan dari sudut syarak dan hukum akal seperti berakhlak mulia serta terpuji kerana perbuatan yang elok dan baik membersihkan jiwa dan menjadi insan bertamadun.

3. Melarang daripada melakukan perbuatan mungkar:
Menegah diri sendiri dan orang lain daripada melakukan maksiat dan meninggalkan apa sahaja yang telah ditegah oleh Allah dan diharamkan dari sudut akidah, ucapan, perbuatan atau amalan.

4. Bersabar atas segala bala bencana yang menimpa:
Memupuk kekentalan jiwa mengharungi perjuangan.




3 Firman Allah S.W.T
النور:58-60

(a) Berdasarkan ayat di atas, nyatakan perkara-perkara yang perlu dijaga dalam pergaulan dikalangan keluarga. [8]
1. Perlu minta izin pada tiga waktu untuk masuk ke bilik ibu dan bapa bagi anak yang belum baligh dan hamba.
- sebelum waktu subuh - waktu tengahari (zohor) sebelum/ selepas solat zohor.
- selepas sembahyang Isyak.
2. Bagi anak yang sudah baligh dan mukallaf, perlu sentiasa minta izin apabila mereka masuk ke bilik ibu bapa pada setiap masa.
3. Kelonggaran dari segi aurat bagi perempuan tua dengan syarat tidak bersolek yang boleh menimbulkan syahwat lelaki memandangnya.

(b) Berdasarkan nas-nas lain, huraikan lima strategi yang dapat mengembalikan penghayatan masyarakat Islam terhadap sistem pergaulan yang ditetapkan oleh Islam. [12]

1. Melalui contoh dan teladan yang baik daripada ibu bapa dan huraian.
2. Melalui budaya masyarakat yang bergaul dengan betul dan huraian.
3. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang pergaulan dan huraian.
4. Para pemimpin negara sebagai contoh terbaik dari segi pergaulan dan huraian.
5. Pendidikan formal di sekolah dan huraian.
6. Media massa berperanan dengan baik dan berkesan dan huraian.



4 Firman Allah s.w.t.

الأحقاف اية: 15- 19 ))

(a) Jelaskan lima unsur suruhan berdasarkan ayat di atas. [10]
1. Patuh arahan ibu bapa dan huraian.
2. Suruhan bertaubat dan huraian.
3. Mendoakan kedua ibu bapa dan huraian.
4. Menjaga apabila dewasa dan huraian.
5. Menghormati ibu bapa dan huraian.
6. Bersyukur kepada ibu bapa dan huraian.

(b) Huraikan fenomena penderhakaan anak-anak terhadap ibu bapa masa kini dan cara mengatasinya. [10]




5 Firman Allah s.w.t


(البقرة 267 – 271)

(a) Nyatakan sebab nuzul ayat di atas dan huraikan faktor yang menghalang seseorang menunaikan infaq. [10]
1. Bersifat bakhil – sayangkan harta.
2. Jiwa yang keras – tiada rasa belas kasihan.
3. Lemah iman.
4. Bisikan syaitan.

(c) Huraikan maksud potongan ayat وإن تخفوها وتؤتوها الفقرآء فهو خير لكم [10]

1. Sedekah secara sembunyi lebih hampir kepada ikhlas.
2. Menjauhkan diri daripada sifat menunjuk-nunjuk.
3. Menjaga maruah serta menghormati orang miskin.
4. Orang miskin tidak segan silu menerima pemberian.
5. Mempertautkan ukhuwwah.
6. Supaya tiada tohmahan atau fitnah kepada penginfaq.
7. Mendapat pahala berlipat kali ganda.
8. Memadamkan kemurkaan Allah.





6 Hadis Rasulullah s.a.w

حَدِيثُ أَبِي أَيُّوبٍ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ أَعْرَابِيًّا عَرَضَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي سَفَرٍ فَأَخَذَ بِخِطَامِ نَاقَتِهِ أَوْ بِزِمَامِهَا ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَوْ يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي بِمَا يُقَرِّبُنِي مِنَ الْجَنَّةِ وَمَا يُبَاعِدُنِي مِنَ النَّارِ قَالَ فَكَفَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ نَظَرَ فِي أَصْحَابِهِ ثُمَّ قَالَ لَقَدْ وُفِّقَ أَوْ لَقَدْ هُدِيَ قَالَ كَيْفَ قُلْتَ قَالَ فَأَعَادَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعْبُدُ اللَّهَ لَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ وَتَصِلُ الرَّحِمَ دَعِ النَّاقَة (رواه مسلم(

(a) Berdasarkan hadis di atas, huraikan maksud hadis tersebut secara ijmali dan nyatakan konsep syirik dalam Islam. [10]
Seorang Badwi bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang perbuatan yang boleh mendekatkan seseorang dengan syurga dan menjauhkannya daripada neraka. Rasulullah s.a.w menerangkan perkara tersebut ialah:
1. Hendaklah menyembah Allah, jangan mensyiriknya.
2. Mendirikan solat/sembahyang.
3. Menunaikan zakat.
4. Menyambung silaturrahim.

Konsep syirik:
Erti: Menyamakan Allah dengan benda-benda lain sama ada zat atau sifatnya.
Ada dua jenis syirik:
1. Syirik Jali - Jelas dan terang seperti menyembah berhala
2. Syirik khafi – Tersembunyi seperti sifat riya' dan hasad dengki.
Syirik adalah dosa besar dan tidak diampunkan Allah.
قال الله تعالى: إن الله لا يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك

(b) Huraikan langkah-langkah untuk menyuburkan hubungan silaturrahim dikalangan umat Islam. [10]
1. Amalan ziarah menziarahi
2 Menunaikan jemputan.
3. Memberi salam
4. Memberi pertolongan ketika susah.
5. Mengadakan kegiatan sosial seperti gotong royong.
6. Mengadakan majlis-majlis ilmu di rumah.
7. Solat berjemaah di surau atau masjid.




7 Hadis Rasulullah s.a.w

حَدِيثُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ النَّاسِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
(رواه الترمذى)

(a) Huraikan maksud ijmali hadis di atas. [10]

Allah tidak akan mencabut ilmu pengetahuan khasnya ilmu agama dari dada hamba-hamba-Nya atau yang dipelajari oleh umat manusia di muka bumi dengan cara sekali gus atau cabut serentak kecuali:
1. Mematikan para alim ulama.
2. Mematikan orang yang mengajar ilmu pengetahuan.
3. Pemimpin,pemerintah dan mufti dipilih oleh rakyat dari kalangan orang jahil dan tidak berilmu.
4. Pemimpin yang jahil tersebut apabila melaksanakan pemerintahan dan urusan yang berkaitan dengan agama atau ditanya serta diminta fatwa, mereka akan berfatwa tanpa berdasarkan ilmu pengetahuan.
5. Mereka itu (ulama atau pemimpin yang jahil itu) tergolong dari kalangan orang yang sesat dan menyesatkan orang lain pula.

(b) Mengapakah ilmu menjadi syarat kelayakan penting pada seseorang pemimpin? [10]

1. Pemimpin yang berilmu sahaja dapat melaksanakan tuntutan agama.
2. Pemimpin berilmu penting untuk melaksanakan hukum hakam dan undang-undang.
3. Pemimpin berilmu mampu membawa kemajuan kepada bangsa, negara dan agama dengan memiliki sifat bijaksana, berwawasan, cekap, amanah dan bertakwa.
4. Pemimpin berilmu menjadi role model, imam serta pemimpin yang baik.
5. Pemimpin berilmu akan sentiasa menjalankan tanggungjawabnya berdasarkan syariat.
6. Kepimpinan tugas penting dan berat.
7. Pemimpin perlu mengetahui banyak perkara.
8. Pemimpin menjadi tempat rujukan.




8. Hadis Rasulullah s.a.w

حَدِيثُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ حِكْمَةً فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا (رواه البخارى)

(a) Jelaskan empat jenis manusia yang dapat dikaitkan dengan hadis di atas. [8]

1. Seorang hamba Allah yang dikurniakan rezeki dengan harta kekayaan dan ilmu pengetahuan. Ia gunakan harta itu sebagai wasilah untuk bertakwa kepada Allah dan membantu kaum kerabat serta membuat kebajikan. Golongan ini yang paling tinggi tingkatannya dan terpuji kedudukannya.

2. Seorang hamba Allah yang dikurniakan ilmu pengetahuan tetapi tidak memiliki harta kekayaan namun disudut hatinya tersemat niat dan tekad : Jika aku diberi harta kekayaan pasti aku lakukan seperti orang kaya itu. Ia mendapat pahala kerana niat sucinya sama seperti orang kaya yang pemurah.

3. Seorang yang dikurniakan harta kekayaan tetapi tidak berilmu . Harta kekayaan digunakan bukan untuk kebajikan, bertakwa kepada Allah, bukan untuk membantu kaum kerabat dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah. Orang ini seburuk-buruk dan sekeji-keji manusia.

4. Seorang yang tidak dikurniakan oleh Allah harta kekayaan dan ilmu tetapi tertanam dalam sanubarinya jika aku memiliki harta akan aku lakukan seperti sikaya (pentingkan diri, tidak bertakwa dan bermewah). Kedua-dua golongan ini sama dosanya.

(b) Huraikan tiga kelebihan orang yang menuntut ilmu dan tiga tanggungjawab orang yang berilmu. [12]

1. Malaikat khas ditugaskan untuk memberi penghormatan kepada penuntut ilmu dengan mengembangkan sayapnya.
2. Penuntut ilmu akan hampir kepada Allah serta meletakkan mereka darjat dan kedudukan yang tinggi dan terhormat.
3. Salah satu bentuk jihad pada jalan Allah. Hadis: من خرج فى طلب العلم كان فى سبيل الله حتى يرجع
4. Orang yang menghadiri majlis ilmu seperti berada di dalam taman syurga.
5. Orang yang jahil dan tidak berilmu amalan mereka tidak sempurna dan tidak diterima.
6. Tidak mudah dipermain dan diperlekehkan oleh orang lain.
7. Dapat mengurus kehidupan dengan lebih baik.
8. Boleh mentadbir dengan cekap.
9. Mampu menberi manfaat kepada orang lain.

Tanggungjawab orang yang berilmu.
1. Menyebarkan ilmunya/mengajar.
2. Memberi nasihat kepada orang lain.
3. Melakukan amar makruf nahi mungkar
4. Mengamalkan apa yang diketahui serta menjadi model kepada orang lain.