Isnin, 30 November 2009

LATIHAN SYARIAH KE 3



Bahagian 1 : Fikah

Jawab tiga soalan sahaja.

1 (a) Jelaskan konsep wakaf dari segi pengertian, hukum, dalil dan rukun.
(b) Terangkan jenis-jenis wakaf dan kepentingannya pada pandangan Islam.

2 (a) Terangkan konsep al-wadi'ah sebagai satu kontrak amanah dan hukum-hukum menerimanya.

(b) Huraikan perkara-perkara yang membatalkan wadi'ah.
3 (a) Jelaskan pengertian syarikat dan hikmat pensyariatannya dalam Islam. [8]

(b) Berdasarkan pendapat ulama, huraikan jenis-jenis syarikat 'uqud. [12]


4. (a) Nyatakan implikasi lian terhadap suami isteri dan jelaskan hukuman terhadap suami yang membatalkan li'an. [12]

(b) Terangkan kaifiat (cara-cara) berli'an menurut pandangan Islam. [8]


5. (a) Berdasarkan nas, huraikan jenis-jenis hukuman takzir. [10]



Bahagian 2: Usul Fikah

Jawab dua soalan sahaja.


7 (a) Jelaskan konsep qiyas dari segi pengertian dan bahagian-bahagian qiyas. [6]

(b) Huraikan pendapat ulama tentang kehujahan qiyas. [14]


8 (a) Dengan memberi contoh, berikan pengertian wajib dan huraikan bahagian wajib dari sudut masa. [12]

(b) Jelaskan pengertian mandub dan bahagian-bahagiannya. [8]


9 (a) Berikan pengertian al-Amru dan huraikan sighah al-Amru yang berbentuk bahasa. [12]

(b) Terangkan empat contoh penggunaan sighah amar yang selain makna wajib. [8]


10 (a) Nyatakan pengertian al-Nahyu dan empat bentuk penggunaan sighah al-Nahyu. [12]

(b) Dengan memberikan contoh, huraikan bahagian-bahagian al-Nahyu. [8]

Sabtu, 21 November 2009

Soalan Tingkatan Enam Bawah



Bahagian A: Fikah

Jawab semua soalan...

1. (a) Terangkan konsep jual beli dari segi pengertian, hukum, dalil dan dua hikmahnya.

(b) Huraikan rukun-rukun jual beli beserta syaratnya secara terperinci.

2. (a) Jelaskan secara terperinci maksud jual beli fudhuli, mua’tah beserta hukumnya menurut pendapat ulama.
(b) Huraikan lima jenis jual beli haram serta tidak sah secara terperinci.

3. (a) Jelaskan lima tata cara memilih bakal isteri dan bakal suami mengikut cara yang disyariatkan oleh Islam.

(b) Jelaskan rukun nikah dan lima syarat yang membolehkan seseorang itu menjadi saksi perkahwinan.

4. (a) Huraikan konsep mahar dari segi pengertian, hukum, kadar, dalil dan hikmatnya.
(b) Berdasarkan hukum munakahat dalam Islam jelaskan persoalan – persoalan:
1.Syarat – syarat barang yang sah dijadikan mahar.
2. Jenis – jenis mahar.
5. (a) Jelaskan pengertian jenayah, dua ciri-ciri hukum jenayah Islam dan dua tujuan utama Islam mensyariatkan hukum jenayah.

(b) Huraikan lima konsep penetapan hukum jenayah pada pandangan Islam.

6. (a) Jelaskan qisas dari segi pengertian dan sebab-sebab yang mengugurkannya.
(b) Huraikan secara detail cara pelaksanaan hukuman qisas.
Bahagian B: Usul Fikah




jawab semua soalan...

1. (a) Nyatakan pengertian ilmu usul fiqh dan tiga faedah mempelajarinya.
(b) Jelaskan secara ringkas sejarah dan perkembangan ilmu usul fiqh.

2. (a) Huraikan pengertian hukum syarak secara terperinci.
(b) Jelaskan pendapat ulama mengenai cara untuk mengetahui hukum.

3. (a) Jelaskan dengan contoh bahagian-bahagian hukum taklifi menurut jumhur ulama.
(b) Huraikan bahagian hukum wajib yang ditinjau dari sudut kadar.

4. (a) Huraikan bahagian mandub secara terperinci.
(b) Jelaskan hukum wadi'e dari segi pengertian dan huraikan bahagian-bahagiannya.

SOALAN LATIHAN SYARIAH



Bahagian 1: Fikah

Jawab semua soalan

1 (a) Huraikan gadaian dari segi pengertian, hukum, dalil, rukun dan syarat-syaratnya.

(b) Bilakah kontrak gadaian akan terbatal?

2 (a) Huraikan mudarabah dari segi pengertian, hukum, dalil, rukun dan syarat-syaratnya. (b) Jelaskan amalan mudarabah dalam sistem perbankan di Malaysia.

3 (a) Penetapan kadar mahar yang tinggi menyumbangkan pelbagai masalah. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas.

(b) Jelaskan secara ringkas pendapat ulamak mengenai upacara bersanding yang diamalkan dalam masyarakat masa kini.

4.(a) Jelaskan perempuan yang haram dikahwini kerana susuan dan syarat-syarat pengharaman berkahwin dengan sebab penyusuan.

(b) Huraikan tanggungjawab bersama antara suami isteri dalam melayari bahtera kehidupan berumahtangga.

5 (a) Jelaskan pengertian qisas dan sebab-sebab yang menggugurkan hukum qisas.

(b) Huraikan perkara yang mensabitkan kesalahan membunuh.

6 (a) Jelaskan al-syurb dari segi pengertian, dalil dan hikmat pengharamannya.

(b) Huraikan hukuman yang dikenakan terhadap peminum arak dan syarat wajib had peminum arak.

Bahagian B: Usul Fikah

Jawab semua soalan sahaja.

7(a) Nyatakan pengertian ilmu usul fiqh dan faedah-faedah mempelajarinya.

(b) Bincangkan kaedah penyusunan ilmu usul fiqh yang berlaku selepas Imam syafi'i.

8.(a) Huraikan bahagian hukum wajib yang ditinjau dari sudut orang mukallaf.

(b) Jelaskan bahagian mandub secara terperinci.

9 (a) Jelaskan maksud al-Quran dan lima keistimewaannya.

(b) Huraikan tiga konsep al-Quran dalam pembinaan hukum, beserta contoh satu persatu.

10(a) As-Sunnah merupakan sumber hukum yang disepakati ulama. Jelaskan as-Sunnah dari sudut pengertian dan jenis-jenisnya.

(b) Huraikan lima peranan as-Sunnah terhadap al-Quran.


selamat datang.....



selamat datang ke blog tingkatan enam....