Bahagian 1 : Fikah
Jawab tiga soalan sahaja.
1 (a) Jelaskan konsep wakaf dari segi pengertian, hukum, dalil dan rukun.
(b) Terangkan jenis-jenis wakaf dan kepentingannya pada pandangan Islam.
2 (a) Terangkan konsep al-wadi'ah sebagai satu kontrak amanah dan hukum-hukum menerimanya.
(b) Huraikan perkara-perkara yang membatalkan wadi'ah.
3 (a) Jelaskan pengertian syarikat dan hikmat pensyariatannya dalam Islam. [8]
(b) Berdasarkan pendapat ulama, huraikan jenis-jenis syarikat 'uqud. [12]
4. (a) Nyatakan implikasi lian terhadap suami isteri dan jelaskan hukuman terhadap suami yang membatalkan li'an. [12]
(b) Terangkan kaifiat (cara-cara) berli'an menurut pandangan Islam. [8]
5. (a) Berdasarkan nas, huraikan jenis-jenis hukuman takzir. [10]
Bahagian 2: Usul Fikah
Jawab dua soalan sahaja.
7 (a) Jelaskan konsep qiyas dari segi pengertian dan bahagian-bahagian qiyas. [6]
(b) Huraikan pendapat ulama tentang kehujahan qiyas. [14]
8 (a) Dengan memberi contoh, berikan pengertian wajib dan huraikan bahagian wajib dari sudut masa. [12]
(b) Jelaskan pengertian mandub dan bahagian-bahagiannya. [8]
9 (a) Berikan pengertian al-Amru dan huraikan sighah al-Amru yang berbentuk bahasa. [12]
(b) Terangkan empat contoh penggunaan sighah amar yang selain makna wajib. [8]
10 (a) Nyatakan pengertian al-Nahyu dan empat bentuk penggunaan sighah al-Nahyu. [12]
(b) Dengan memberikan contoh, huraikan bahagian-bahagian al-Nahyu. [8]
0 ulasan:
Catat Ulasan