Pengertian qiyas:
Dari segi bahasa:
1. Ukuran
2. Persamaan
3. Persamaan dan ukuran di antara sesuatu tempat dengan tempat lain.
4. pengajaran
5. tamsil
6. menyerupai.
Dari segi istilah:
· Menzahirkan persamaan sesuatu perkara yang tidak ada nas tentang hukumnya dengan sesuatu perkara yang ada nas tentang hukumnya kerana kedua-duanya mempunyai persamaan pada illah atau pada sebab hukum.
· Persamaan sebab dalam sesuatu perkara furu’ yang telah berlaku dengan perkara yang baru berlaku dengan persamaan illah hukum tersebut.
· Perbandingan antara suatu hukum dalam perkara yang baru lahir dengan perkara yang sudah ada hukum sebelumnya di dalam al-quran dan sunnah.
· Menyamakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam al-quran atau hadith atau ijmak dengan masalah yang telah dijelaskan di dalam salah satu daripada dalil tersebut berdasarkan antara keduanya ada persamaan illah hukum.
(b) rukun-rukun dan syarat al-qiyas.
Rukun al-qiyas:
• Asal, iaitu sumber hukum asal yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan hadis atau ijmak. Asal juga ialah tempat keluar hukum dengan dalil yang qat’i: contohnya arak sabit hukumnya berdasarkan al-Quran.
• Hukum asal, iaitu hukum asal yang ditetapkan atau dijelaskan dalam al-Quran, hadis dan ijmak. Hukum asal juga ialah hukum syarak yang terbit melalui dalil yang hendak diqiyas, contohnya hukum haram arak.
• Cabang atau furu’ iaitu masalah di mana hukumnya tidak dinyatakan dalam al-quran, hadis dan ijmak contohnya todi, dadah, dan wisky.
• Illah iaitu sifat yang berupa sebab yang menyebabkan lahir hukum asal yang sama dengan hukum furu’ atau baru contohnya sifat mabuk pada arak dan dadah atau todi dan wisky.
Syarat al-qiyas:
1. Hukum asal
Hukum asal itu dapat dipindahkan kepada furu’ mestilah pula dengan memenuhi syarat berikut :
• Hukum asal itu merupakan hukum syarak berbentuk amaliah yang telah sabit atau ditetapkan oleh nas.
• Hukum asal hendaklah hukum yang mana illahnya dapat difahami oleh akal.
• Hukum asal itu bukan sesuatu hukum yang berlaku khusus yang telah sabit melalui nas. Antara contoh hukum yang dikatakan berlaku khusus ialah terdapat dalil yang menunjukkan sesuatu hukum itu hanya berlaku untuk asal sahaja seperti kahwin lebih empat isteri dalam satu masa adalah khusus untuk Nabi sahaja.
• Hukum asal mempunyai illah yang mungkin terlaksana atau mungkin ada pada furu’
• Hukum asal tidak dimansuhkan atau tidak dibatalkan.
2. Furu’ atau cabang
Untuk membolehkan sesuatu fufu’ dipindahkan hukum asal kepadanya dengan mempunyai syarat tertentu ;
• Pada furu’ terdapat illah yang ada pada asal.
• Pada furu’ tidak terdapat nas atau ijmak yang menunujukkan sesuatu hukum yang berlawanan dengan al-Qiyas.contoh : Orang musafir harus meninggalkan puasa.
و من كا ن مر يضا أو على سفر فعد ه من أ يام آ خر
Terjemahan : dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir, maka (bolehlah ia berbuka kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu…
• Hukum furu’ tidak boleh mendahului hukum asal dari segi sabitnya. Contohnya tidak sah Qiyas wuduk terhadap tayammum dari segi wajib niat dengan illah kedua-duanya merupakan bersuci atau ibadat.
• Hukum yang dipindahkan kepada furu’ hendaklah sama dengan hukum asal atau pun sama furu’ dengan usul.
3. Illah atau sebab
Illah hendaklah dengan memenuhi syarat berikut ;
• Illah hendaklah merupakan suatu keadaan atau sifat zahir iaitu dapat difahami oleh pancaindera kerana ia merupakan tanda hukum
• Illah hendaklah merupakan suatu sifat atau keadaan yang pasti dan tetap dalam semua keadaan dan orang
• Illah itu hendaklah suatu sifat dan keadaan yang sesuai dan munasabah dengan hukum
• Illah itu bukan merupakan suatu sifat atau keadaan yang hanya wujud pada asal sahaja, bahkan ia harus terdapat pada selain asal.
(c) bahagian al-qiyas dari segi pada hukum furu’ dan asal.
1.Al-Qiyas al-khafiy
Al-qiyas yang tidak di yakini tentang perbezaan diantara illa pada hukum furu’ dan asal serta tidak pasti sama ada ia memberi kesan pada hukum atau sebaliknya.dikenali dengan istihsan.Contohnya wanita berhaidh diharuskan membaca Al-Quran bertdasarkan al-qiyas al-khafiy atau istihsan dan diharamkan berdasarkan al-qiyas al-jaliyWanita berhaidh diharuskan membaca Al-Quran berdasarkan al-qiyas al-khafiy kerana ia berbeza dengan orang yang berjunub di segi waktunya.Waktu berjunub tidak lama,sedangkan haidh lama,sekiranya sepanjang masa haidh mereka tidakdapat membaca Al-Quran,bererti mereka tidak mendapat pahala dalam ibadat membaca Al-Quran ketika berhaidh,sedangkan lelaki dapat membacanya serpanjang masa.
2.Al Qiyas al-jaliy
Al-Qiyas al-jaliy ialah al-qiyas yang jelas dan diyakini perbezaan di antara illah pada hukum cabang atau furu’ dan asal serta pasti ia memberikan kesan pada hukum atau sebaliknya.Contohnya:wanita berhaidh haram membaca Al-Quran berdasarkan al-qiyas al-jaliy.Iaitu,diqiyaskan kepada orang yang berjunub di segi illah sama-sama ttidak suci. Dimana orang yang berjunub dan berhaidh sama-sama diharamkan membaca Al-Qur’an.
(d) pembahagian al-qiyas dari sudut furu’
1.Qiyas al-Awla
Illah pada hukum furu’adalah lebih kuat daripada illah hukum asal.antara lain,Qiyas al-Awla bermaksud furu’ di dalam al-Qiyas lebih utama atau kuat dari segi hukum daripada asal contohnya mengqiyaskan haram memukul ibu bapa diqiyaskan dengan haram mengatakan “ah” kepada keduanya dengan illah menyakiti.
2.Qiyas al-Musawi
Al-Qiyas yang sama hukumnya di antara asal dengan furu’ berdasarkan illah yang sama.antara lain juga Qiyas al-Musawi ialah,furu’didalam al-Qiyas adalah sama dengan asal dari segi hukum.contohnya:mengqiyaskan haram bakar atau memusnahkan harta anak yatim kepada haram memakannya.
3.Qiyas al-Dilalah
al-Qiyas yang menghimpun di antara hukum asal dengan furu’ berdasarkan sifat yang tetap bagi illah.contohnya perahan anggur adalah haram hukumnya,diqiyaskan dengan arak.Dimana illah kedua-duanya ialah terdapat bau yang kuat yang di kira sebati dengan bahan yang memabukkan.
4.Qiyas al-syibh
al-Qiyas yang hukum furu’nya boleh diqiyaskan kepada dua yang asal yang mana ia dihubungkan dengan asal yang lebih banyak persamaan dengannya.Contohnya:pembunuhan tidak sengaja terhadap hamba yang dimiliki oleh orang lain.
5.Qiyas al-Adwan
dikenali dengan Qiyas al-Adna.Iaitu al-Qiyas yang berdasarkan illah yang nilai illah lebih rendah daripada illah yang terdapat pada hukum asal.contohnya:haram menjual buah epal dengan epal dibandingkan gandum dengan gandum,dimana illah buah epal lebih rendah daripada gandum yang menjadi makanan asasi
(e)Huraikan pendapat ulamak tentang kehujahan al- qiyas.
Kehujahan al-Qiyas
• Jumhur ulamak sepakat mengatakan al-Qiyas boleh dijadikan hujah dan sebagai sumber hukum syarak. Manakala golongan Nizamiah, Zahiriah dan segolongan puak Syiah berpendapat al-Qiyas tidak boleh dijadikan hujah. Hujah mereka seperti berikut:
• Hujah golongan menolak
• Hujah jumhur ulamak
Hujah golongan menolak
Antara alasan dan hujah golongan yang menolak al-Qiyas :
• Al-Quran menegah dan melarang kita daripada mengikuti zann.
• Golongan yang menolak al-Qiyas mengatakan al-Qiyas adalah perkara zann. Hal tersebut disebabkan ia berasaskan kepada zann, di mana illah atau sebab kerananya disyariatkan hukum di dalam nas yang dijelaskan. Justeru itu al-Qiyas ditegah supaya diikuti dan ia tidak dapat mensabitkan hukum.
• Al-Qiyas dan penggunaannya boleh membuka ruang ke arah perselisihan dan pertelingkahan di antara umat kerana berasaskan kepada zanni.
Hujah jumhur ulamak
• Hujah jumhur yang berpendapat al-Qiyas boleh dijadikan hujah ialah berdasarkan dalil al-Quran, Hadis, Ijmak dan akal iaitu :
1. Dalil al-Quran
فاءن تنزعتم في شيءفردوه إلى الله والر سول
Terjemahan : maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari pristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik matahatinya
2. Dalil hadis
· Hadis berkaitan dengan perutusan Mu’az ke Yaman.
· Telah terbukti melalui hadis sahih bahawa Nabi sendiri menggunakan ijtihad Baginda dan al-Qiyas untuk mengeluarkan hukum yang tidak ada mahyu tentangnya. Justeru itu berijtihad dan menggunakan al-Qiyas salah satu daripada sunnah nabi
3. Dalil ijmak
Di mana para sahabat sepakat berhujah dengan al-Qiyas dan mereka beramal dengannya. Antara lain juga perkara tersebut berlaku dalam banyak masalah dan tidak ada seorang pun daripada kalangan sahabat yang mengingkarinya. Antara contohnya ialah :
• Para sahabat sepakat melantik Abu Bakar sebagai khalifah berdasarkan al-Qiyas terhadap perlantikan beliau sebagai imam sembahyang sewaktu hayat nabi. Di mana setengah sahabat mengatakan : Rasulullah s.a.w meredhai Abu Bakar dalam perkara agama, mengapakah kita tidak boleh meredhainya sebagai ketua kita dalam perkara dunia.
• Para sahabat pernah menghukum bunuh beberapa orang yang sama-sama terlibat menyebabkan terbunuhnya seseorang. Hal tersebut diqiyaskan hukuman potong tangan terhadap beberapa orang pencuri yang sama-sama terlibat dalam mencuri sesuatu barangan.
4. Dalil akal
• Islam agama sempurna hingga hari kiamat. Hukumnya juga melibatkan masalah yang telah berlaku dan akan berlaku. Namun penurunan wahyu telah tamat, tetapi masalah tidak berkesudahan dan terus lahir. Justeru itulah perlunya al-Qiyas untuk mengeluarkan hukum baru dengan berdasarkan persamaan illah atau sebab lahirnya hukum yang dijelaskan di dalam nas.
Hujah jumhur ulamak terhadap golongan yang menolak al-qiyas:
o Jumhur ulamak mematahkan hujah golongan yang menolak hujah al-qiyas dengan membawa dalil al-quran yang mana nas al-quran menegah kita mengikuti perkara zann.
o Antara lain, Jumhur Ulamak menolak hujah golongan yang menolak hujah al-qiyas dengan membawa alasan penggunaan al-qiyas boleh membuka ruang perselisihan dan persengketaan.
o Kesimpulannya Pendapat jumhur ulamak adalah lebih tepat kerana al-qiyas hanya menjadi hujah dalam hukum-hukum agama yang bersifat amaliah. Ia merupakan sumber hukum yang keempat dalam sistem perundangan Islam kerana ia berdasarkan nas walaupun tidak secara langsung. Walaupun jumhur ulamak menerima kehujahan al-qiyas namun sesiapa yang menolaknya tidak dikira kufur.
Persoalan semasa berkaitan Qiyas.
• Antara persoalan semasa berkaitan dengan al-Qiyas yang akan dibincangkan di sini ialah dadah, ganja, pil khayal, menghidu gam, todi, tuak, dan benda-benda lain yang memabukkan baik dengan cara suntikan, hisap atau sedut, telan, hidu dan minum.
• Pengharamannya atas dasar atau illah dan sebabnya ialah memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal. Untuk itu ditinjau dalam konteks semasa kini terdapat berbagai jenama benda yang memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal atau mengkhayalkan sebagaimana yang dijelaskan di atas.
• Hukuman yang dikenakan ialah takzir bukan hudud (hudud khusus untuk peminum arak).