DENGKI YANG DIHARUSKAN
Maksudnya:
Daripada Abdullah Ibn Mas’ud katanya:Daku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:tidak ada perasaan irihati atau dengki(dengki yang diharuskan)kecualilah dalam dua perkara:pertama,dengki terhadap kedudukan atau keadaan seseorang yang telah dikurniakan oleh Allah dengan harta benda,lalu ia menghabiskannya untuk jalan kebaikan,kedua dengki terhadap keadaan seseorang yang telah dikurniakan oleh Allah dengan hikmat(kecerdasan dan ilmu pengetahuan) lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya.
Jelaskan huraian ringkas hadis tersebut?
Dalam hadis tersebut,menjelaskan berkaitan dengan dua bentuk perasaan dengki sahaja yang dikecualikan daripada dosa,manakala semua bentuk dan jenis perasaan dengki selain keduanya itu adalah diharamkan dan tergolong dalam syirik khafi yang menghapuskan amalan seseorang.Dua bentuk perasaan dengki atua irihati yang diharuskan ialah:
1.Perasaan cemburu terhadap saudaranya sesama Islam yang telah dikurniakan oleh Allah dengan kekayaan dari sudut harta benda dari sunber yang halal dan berfaedah.
2.Perasaan cemburu terhadap saudara mereka sesama Islam yang telah dikurniakan oleh Allah dengan hikmat serta ilmu pengetahuan yang menjadikan ia sebagai ulama,pengajar,serta ia juga tekun beramal dengan ilmu pengetahuan yang dipelajarinya itu.
Selain daripada dua perkara itu,dengki adalah diharamkan,malah ia menyebabkan amal kebajikan seseorang itu terhapus.Dengki yang diharamkan selain dua perkara tersebut dapat dijelaskan sebagaimana hadis daripada Anas bin Malik,nabi bersabda:
Maksudnya:
janganlah kamu saling benci membenci,saling berdengki dan belakang membelakangi,jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.Kerana tidak halal seseorang muslim itu tidak bertegur sapa dengan muslim lain lebih darapada tiga hari.
Jelaskan empat jenis manusia yang dapat dikaitkan dan dikategorikan dalam hadis ini?
1.Seorang hamba Allah yang dikurniakan rezeki dengan harta kekayaan dan ilmu pengetahuan.Ia telah menggunakan hartanya itu sebagai wasilah untuk bertaqwa kepada Allah juga untuk membantu kaum kerabat dan melakukan kebajikan kerana Allah.Golongan ini adalah golongan yang paling tinggi dan terpuji kedudukannya.
2.Seorang hamba Allah yang dikurniakan dengan ilmu pengetahuan namun ia tidak memiliki harta kekayaan namun di sudut hatinya dia tekad:andaikata aku memiliki harta kekayaan,pasti akanku lakukan apa yang telah dilakukan oleh si dia yang kaya itu.Lantaran dia mendapat pahala kerana niatnya yang suci dan menyamai pahala orang kaya yang pemurah itu.
3.Seorang hamba Allah yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan namun tidak berilmu.Lantaran itu ia menggunakan kekayaan itu bukan untuk kebajikan,bukan untuk bertaqwa.Orang ini merupakan seburuk-buruk manusia.
4.Seorang hamba yang tiada rezeki kekayaan dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan,namun ia berniat dalam sanubarinya:andaikata aku memiliki hart pasti aku akan lakukan apa si kaya itu lakukan(pentingkan diri).Lantas ia terus mendapat dosa.
Jelaskan bahaya dengki?
1.Salah satu daripada sifat orang munafiq yang mersa iri hati apabila umat Islam mendapat kejayaan dan bergembira apabila menerima kesusahan.
2.Dengki yang pertama berlaku antara makhluk di langit iaitu iblis dengan Adam a.s.yang mana iblis takbur dan menyebabkannya menjadi kufur.
3.Sejarah dengki yang pertama ialah antara anak-anak Adam a.s.,iaitu Habil dan Qabil yang menyebabkan berlakunya pembunuhan pertama.
4.Dengki menghapuskan amalan.
5.Orang yang dengki adalah orang yang tidak mempercayai qada’ dan qadar Allah.
Jelaskan maksud dengki?
Sifat hati yang buruk dan keji yang mana seseorang itu berhasrat,berharap,atau bercita-cita supaya suatu nikmat iatau kejayaan yang diperolehi oleh orang lain itu lenyap,sama ada cepat atau lambat.
Nyatakan siapa yang seharusnya melakukan ibadat?
1.Lelaki dan wanita seharusnya melakukan ibadat dan tiada perbezaan melakukan ibadat.
2.Wanita perlu merebut peluang bersama-sama dan berlumba dalam melakukan ibadat untuk mencari keredhaan Allah.
Jelaskan jenis-jenis ilmu?
1.ILMU BERFAEDAH-merupakan ilmu pengantar kepada seseorang untuk mendapat
keredhaan Allah.
Contoh-contohnya=ilmu tauhit,hadis,fiqah.
2.ILMU TIDAK BERFAEDAH-Ilmu yang membawa keburukan kepada orang lain,masyarakat.
-HARAM dipelajari dan diamalkan.
Contoh=ilmu sihir.
Jelaskan kelebihan menuntut ilmu?
1.Malaikat khas ditugaskan untuk memberi penghormatan kepada penuntut ilmu.
2.Penuntut ilmu hampir kepada Allah serta meletakkan mereka darjat tertinggi.
3.Salah satu bentuk jihad pada jalan Allah.
4.Orang yang menghadiri majlis ilmu seperti berada dalam taman syurga.
5.Orang yang tidak berilmu,amalannya tidak sempurna.
Jelaskan tanggungjawab orang yang berilmu?
1.Menyebarkan ilmu kepada orang lain.
2.Menjadi model kepada orang lain.
3.Memberi nasihat kepada orang lain.
4.Melakukan amar makruf,nahi mungkar.
Jelaskan harta menurut landasan syarak?
1.Harta yang dinafkahkan dengan tujuan yang baik.
2.Membelanjakan harta mengikut kemampuan.
3.Dalam mendermakan harta,harta itu merupakan harta yang terbaik.
4.Tidak berbelanja berlebih-lebihan.
Jelaskan hukum-hukum?
1.Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim.
2.Ilmu sihir haram dipelajari.
3.Dengki adalah diharamkan dan merupakan syirik khafi.
4.Orang yang berilmu wajib menyampaikan kepada orang lain.
0 ulasan:
Catat Ulasan