Isnin, 19 Julai 2010

Latihan Syariah Kertas 1 STPM




ZINA
Pengertian zina:
Zina ialah persetubuhan haram pada faraj wanita dengan kemahuanya ,tanpa hak milik dan hak milik syubahat dan tanpa akad nikah yg sah atau menurut pendapat Ibnu Qudamah perbuatan zina ialah menyetubuhi perempuan pada faraj secara haram dan tanpa syak dan sebarang syubhat

Hukuman zina: ialah haram dan sangat keji serta pelakunya berdosa besar.
Syarat wajib zina:
- Cukup umur
- Waras
- Islam
- Hendaklah seorang yang patuh kepada perintah Allah dan kemahuan sendiri
- Hendaklah wanita itu bukan kafir harbi
- Perempuan yang berzina itu dikalangan orang yang layak dipersetubuhi.
- Zina itu dilakukan dengan anak adam
- Persetubuhan yang bukan syubahat
- Perempuan yang melakukan zina masih hidup.

Cara mensabitkan jenayah zina secara terperinci
keterangan saksi:
- Iaitu keterangan yang diberikan oleh 4 orang saksi lelaki yang cukup syaratnya.


Syarat yang perlu ada pada saksi:
- Beragama islam
- Baligh
- Berakal
- Seorang yang adil
- Seorang yang boleh melihat
- Seorang yang boleh bercakap
- Seorang yang mampu mengingati apa yang telah disaksikan, juga memahami apa yang dilihat oleh matanya dan bertanggungjawab dengan segala yang diucapkan.
- Tiada halangan untuk menerima kesaksian
- Empat orang saksi
- Saksi mesti lelaki
- Kadi berpuas hati dengan kesaksian para saksi
- Kemugkinan berlaku zina
- Mampu menolak dakwaan.
- Kekal kelayakan saksi sehingga hukuman had dilaksanakan
- Seandainya saksi tersebut tidak cukup syarat,maka pendakwa mestilah dikenakan had qazaf iaitu sebat sebanyak 80 kali sebatan, walaub agaimanapun ulamak'mutajahid berselisih pendapat tentang cara-cara membawa keterangan dikalangan saksi-saksi
- Saksi-saksi mesti merdeka
Imam Syafi’ berpendapat bahawa tidak mengapa saksi-saksi secara serentak atau berasingan semuanya dikira sah memberi keterangan. Cara berasingan lebih baik daripada serentak kerana jika serentak ditakuti bersepakat untuk memberi keterangan palsu.
Imam Abu Hanifah: Mestilah datang secara serentak dan tidak boleh datang secara berasingan, keterangan dianggap tidak sah dan mereka akan dikenakan qazaf.


Pengakuan penzina yg cukup syaratnya:
- Baligh
- Sempurna akal
- Pilihan sendiri
- Berulang kali membuat pengakuan
- Pengakuan dibuat di hadapan Ketua Negara atau dihadapan kadi yang mewakilinya.
- Pengakuan dibuat dalam keadaan sedar
- Pengakuan dari seorang yang mampu berzina
- Pengakuan dibuat secara lisan
Menurut pandangan Imam Malik seorang yang sudah jelas bukti dan qarinah yang menunjukkan ia berzina, mistilah dikenakan had.
Imam Abu Hanifah,Imam Syafi’I dan Imam Ahmad berpendapat bahawa qarinah tidak semestinya dapat diterima dan bukan sebab yang membolehkan seseorang itu dikenakan had


Syarat dikenakan rejam bagi penzina muhsan
Sempurna akal
Mencapai umur baligh
Seorang yang merdeka
Seorang yang beragama islam
Seorang yang beragama sahih
Hendaklah seorang dalam perkhwinan sahih dengan cara yang mewajibkan mandi walaupun tanpa
keluar air mani
Hendaklah suami isteri itu mempunyai semua sifat di atas itu semasa melakukan persetubuhan


Hukuman bagi penzina menurut islam
Rejam (penzina muhsan)
Pendapat ulamak:
Hukuman rejam dengan batu sampai mati hendaklah dikenakan terhadap pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin dan bersetubuh
  • Hukuman sebat dan buang daerah
Disebat 100 kali sebatan
Hamba dikenakan sebatan separuh 50 kali sebatan
  • Pendapat ulamak:
  • Hanafi: hukuman buang daerah tidak boleh dihukum dengan sebat
  • As-Syfi’iah dan Al-Hanabilah:hukuman buang daerah setahun ke tmpt yang harus qasar sembahyang dihimpun dengan hukuman sebat 100 kali,manakala perempuan tidak boleh dikenakan hukuman buang daerah dibimbangi berlaku penzina yang lain pula disebabkan pembuangan daerah itu.

Huraian maksud muhsanah
Maksud muhsanah dalam ayat 4 surah al-nur ialah ‘iffah iaitu suci dan terpelihara.
Pendapat ulamak
Imam abu hanifah dan imam malik:
‘iffah ialah tidak pernah berzina sepanjang hidupnya atau bersetubuh walaupun dalam dalam perkahwinan fasid
menurut imam Syafi`i:
Iffah dan muhsanah ialah tidak pernah melakukan zina sebelum dan selepas dituduh zina
Imam Ahmad
Iffah dan muhsanah ialah tidak pernah disabitkan zina, baik melalui keterangan atau pengakuan dan penyaksian
Tidak fasiq
Islam
Baliqh
Merdeka

Perkara yang dimaksudkan dengan muhsanah
Tidak fasiq
Islam
Baliqh
Merdeka





ARAK & MEMINUM MINUMAN YANG MEMABUKKAN
Pengertian minuman yang memabukkan;
-Dalam bahasa Arab arak di sebut khmar
- Dari segi istilah arak ialah apa sahja bahan yang memabukkan sama ada bahan itu diperbuat daripada anggur, barli, nira kelapa atau sebagainya yang memabukkan orang yang meminumnya walaupun sedikit.
Hukum ;
-Hukum meminum arak ialah haram


HIKMAH PENGHARAMAN
Meminum minuman arak yang memabukkan itu adalah salah satu dari perkara yang boleh memberi kebinasaan kepada pengamalnya.
Ia juga boleh memberi kemudharatan kepada nyawa, tubuh badan, harta benda dan anak pinak.
Ia boleh juga menjatuhkan maruah seseorang dan martabat ketinggianya.
Ia adalah punca segala kejahatan, dan ini dapat meghalang dari mengingati Allah dan dari mengerjakan solat.
Ia boleh membawa kepada pencetusan permusuhan dan kemarahan antara satu sama lain


Sabit had peminum arak
-Dikenakan had sebatan 40 sebatan sekiranya ;
-ada pengakuan peminum arak itu sendiri dengan syarat yang cukup.
-disaksikan oleh 2 orang saksi lelaki yang adil.
-bahan yang memabukkan itu dalam bentuk minuman.
-mengambil minuman yang memabukkan itu melalui mulut dan sekurang-kurangnya sampai ke halkum.


HUKUMAN (PEMBALASAN) MEMINUM MINUMAN YANG MEMABUKKAN

Berdasarkan sunnah dan amalan para sahabat dalam masa pemerintahan khulafa Ar-Rasyidin,
- tidak ada nas kadang-kadang Rasulullah s.a.w meyebat dengan kadar yang sedikit dan ada kalanya banyak tetapi tidak melebihi 40 sebatan.
-Jumhur fuqaha’ ; 80 sebatan
-As-Syafi’iah ; 40 sebatan.
Hendaklah peminum itu seorang yang sempurna akal.
Hendaklah mencapai umur baligh.
Hendaklah seorang yang beragama islam.
Hendaklah secara pilihan hatinya sendiri .
Tidak dalam keadaan darurat.
Hendaklah dia mengetahui bahawa minuman itu adalah arak.
Hendaklah dia mengetahui tentang pengharam arak itu


PENYALAHGUNAAN DADAH
Sebab penyalahgunaan dadah diharamkan ialah;
-Mengkhayalkan; penagihan dadah boleh mengkhayalkan individu yang menggunakannya, sekaligus membawa kepada perbuatan mungkar.
-Memudaratkan kesihatan; penyalahgunaan dadah akan menjejaskan kesihatan individu yang menggunakannya dan mengakibatkan menularnya penyakit berjangkit seperti HIV daripada hasil perkongsian jarum suntikan.
-Merugikan ekonomi negara; produktiviti negara akan berkurangan akibat daripada terlalu ramai yang menagih dan tidak mampu bekerja.


HUKUM
-hukuman yang dikenakan keatas penyalahguaan dadah ini ialah tertakluk dibawah hukuman Ta’zir.
-Walau bagaimanapun,Ta’zir itu adalah dengan budi bicara dan kebijaksanaan hakim.
-Hukuman sebat atau penjara dan hukuman gantung boleh dikenakan keatas penjenayah


KESAN BERURUSAN DENGAN DADAH

-Mengambil, mengguna dan memperniagakan dadah adalah sangat bahaya
-Boleh memberi kemudhratan kepada akal, akhlak, harta benda dan diberi seseorang dan seseorang kasalahan jenayah.
-Jenayah penyalahgunaan dadah ini amat berat tegahan dan larangan



0 ulasan:

Catat Ulasan